PART II
“
Assalamualaikum, Qis ni ibu.”
“ Ya bu. Ada apa
ibu telefon Qis? Ibu sakit ke? Abah sakit ke bu?” bertalu-talu soalan yang aku
tanya pada ibu.
“ Ya ALLAH anak
bertuah ni. Ibu tak apa-apa lah Qis. Ni ibu nak bagitahu yang surat tawaran Qis
dah dapat. Qis dapat sambung belajar kat UTM. Ibu rasa kos yang Qis minta
haritu.”
“ Ya ALLAH, yak e
bu? Alhamdulillah. Nanti Qis ajak abang balik sekejap ye bu.”
“ Ya lah. Ibu nak
buat kerja ni. nanti sampaikan salam ibu kat Syakirin ye.”
“ Baiklah bu.
InsyaALLAH bu. Assalamualaikum bu.”
“
Waalaikumsalam.”
Alhamdulillah,
akhirnya aku dapat juga tawranmasuk ke universiti. Tak sabar rasanya nak
kongsikan dengan suamiku. Petang tu aku masak sedap-sedap untuk aku jamukan
ke[ada suamiku. Bukannya aku tak masak selalu, Cuma malam ni aku nak kongsikan
kegembiraan bersama dengan suami aku sendiri.
“ Wah! Nampak
sedap semua lauk ni. Ni yang rasa nak makan ni. Ada orang nak datang ke Qis?”
katanya sambil mengambil bau aroma lauk pauk yang terhidang diatas meja makan.
“ Abang naik
atas, solat and mandi. Lepas tu kita makan sama-sama. Ok.” Kataku sambil
menolak lembut tubuhnya menuju kearah tangga.
Malam tu kami
makan bersama. Nampak berselera dia makan. Gembira rasanya dan aku mulakan
dengan bismillah sebelum memberitahunya tentang surat tawaranaku,
“ Abang, Qis nak
bagitahu sesuatu ni.” kataku.
“ Apa dia?”
“ Qis dah dapat
surat tawaran sambung belajar. Surat tu ada kat kampung. Nanti kita balik
kampung ya.”
“ Ya ke? Alhamdulillah.
Nanti kita balik ambil surat tu. Tapi Qis kena ingat apa yang abang dah
janjikan pada Qis kalau nak sambung belajarkan.” Katanya kepadaku.
Aku bangun dan
beralih kesebelah dia. “ Qis ingat abang. Terima kasih kerana bagi izin Qis.”
Kataku sambil memeluk tangannya.
Surat tawaran dah
diambil dan segala kelengkapan untuk pergi mendaftarkan pun sudah aku siapkan.
Rasanya aku akan meninggalkan segalanya dirumah ni. macam manalah gamaknya
kalau aku tak ada. Harap-harap suami aku tu boleh lah kemas-kemas apa yang
patut. Aku dapat melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di
Johor. Alhamdulillah segalanya tercapai. Aku dapat melanjutkan pelajaran di
sana dan suami aku pula akan duduk kesorangan. Nasib badanlah ya abang.
Isterimu ini nak pergi jauh. Hahaha. Setakat area Johor je. Family pun kat
negeri Johor. Tak jauh mana pun.
“ Abang nanti
jaga diri bebaik tau. Qis tak ada
nantijaga rumah elok-elok.”
“ Ya. Abang tahu.
Hehe, risau dia kat abang ya. Nanti tiap-tiap minggu abang datang tempat Qis
ya. Lagi pun lama-lama nanti rindu. Dah selalu ada bantal peluk, kalau tak ada
rasa sunyi lah. Kenapatak nak duduk rumah je. Kampus Qis dengan rumah kita pun
tak lah jauh mana pun.”
“ Tak kan lah
abang nak hantar Qis tiap-tiap hari ke kampus. Nanti patah balik ke pejabat
abang. Jauh lah abang. Rugi tuang minyak hari-hari.”
“ Tak apalah.
Untuk isteri tercinta ni, abang sanggup je hantar hari-hari. Tak pun nanti
abang belikan kereta untuk Qis.”
“ Beli kereta?
Takutlah Qis nak drive sorang-sorang. Dibuatnya ada orang follow macam mana?”
“ Yelah. Takut
sangat isteri abang ni ya.”
“ Yelah.”
Aku terus turn ke bawah untuk mengambil sebotol air mineral untuk di bawa ke bilik. Aku mana boleh tak minum air masak, cepat haus. Aku melihat setiap sudut rumah yang bakal ditinggalkan untuk seketika.